Kandungan blog ini lari sikit je dari fakta..kalau rasa loya, jangan muntah di sini..
http://img191.imageshack.us/img191/5630/abandonchilds1.png
11

WELCOME GUYS~

Posted by morriss on 1:01 AM
  • BLOG NI SELALU MEREPEK
  • BLOG NI SELALU LARI TOPIK
  • BLOG NI TIADA BAHAN ILMIAH UNTUK DICOPY SEBAGAI TUJUAN MELENGKAPKAN ASSIGNMENT ANDA
  • BIASANYA ORANG-ORANG YANG KACAK/COMEL SERTA BAIK HATI AKAN TINGGALKAN COMMENT DISINI








SEKIAN







2

PROMOSI CUTI SEKOLAH... KHAS UNTUK MEREKA YANG NAK KAWIN LARI

Posted by morriss on 11:56 PM in
Gua dah jadi agent..bukan MLM...

  1. Khas kepada lelaki2 yang gagal meyakinkan isteri mereka yang mana mereka mampu berlaku adil serta saksama untuk berkahwin lebih dari 1..
  2. Khas kepada lelaki2 yang layak berkahwin lebih dari 1, tetapi diancam parang serta lesung batu setiap kali mengemukakan kertas cadangan kepada isteri masing2... 
  3. Khas kepada lelaki yang ingin kawin lebih dari empat.. perghh! ni gua respek.. nk kene menuntut dgn laki mcm ni..
  4. Khas utk lelaki hampeh yang x layak untuk kawin lebih dari 1 (duit nk beli rokok pun paw member2), tapi berhajat besar serta berselera ala dato'2 nk beristeri 2..3..4..5 pn boleh...
  5. Bakal bapak mertua x merestui hubungan anda dgn anaknya kerana beliau megharapkan seorang imam, or atleast bilal utk menjadi suami kpd beliau, sedangkan anda hanyalah seorang.... mat rempit... ah long... dn yg seangkatan dengannya..  


Jika anda salah seorang di atas, Sila daftar di sini http://kahwinlari.blogspot.com/


hahahaaa... canggih beb dunia zaman skrg... nk kawin lari senang je.. online.. kpd suri2 rumah yg rasa dah mula 'gelebeh sane sini'... boleh la cek laptop laki masing2.. mane tau ade address di atas kt bookmark..heheee










**Setahun lebih beb x blog..
nak bukak dashboard pun
dah lupe   +,-

2

KERJA KOSONG.. GAJI BOLEH TAHAN GAK LUMAYAN

Posted by morriss on 12:49 AM in
Tolong gua cuci sawang kt blog ni...
sape sanggup aku bawak korang gi final world cup nanti.. amacam???












owh.. takziah
pada para
penyokong
brazil... hehee

1

BAYERN KALAH MALAM NI.. CONFIRM GUA BOTAK

Posted by morriss on 9:17 PM in
Setelah rambut kesayangan gua ditedas masa Liverpool kalah (atau sengaja kalah) dengan manchester hari tu, gua hilang keyakinan nak tengok bola.. gua cuba la jugak beralih arah tengok piala thomas.. ceh, kalau gua teruskan, memang berkecai tv plasma kt rumah ni kena baling dengan pasu bunga... silap-silap jantung gua ni jem sebab kecewa tengok kelembikan team malaysia..

gua bab bola memang xleh buat main.. kalau satu hari nanti korang dengar kt dalam tivi ada jutawan yang murah hati lagi suka derma pada fakir miskin serta pembela nasib wanita, mati sebab sakit jantung... jutawan itu adalah gua.. sebab ape sakit jantung? sebab tengok bola... 

malam ni gua terpaksa turun mamak untuk sokong Bayern.. masa depan rambut gua ditangan robben, altintop, schwanteiger, lahm serta olic.. korang kalah memang gua botak...

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgVxOE1C58QWUyDlGpC9T38NiYVmNj3es1cR-OZgFExY-lUmcUIQ-v_M0aCpQFAUFLr5dcX5O8SpddhJzZPZFIMdynkrqtutfoXYDMO1cYmJxA38qPBO_-akw6GuOPsaDRCLy3M5E6VrOtX/s400/2010_UEFA_Champions_League_Final_logo.jpg




**bola ni berbahaya 
pada kesihatan... 
ape la nasib jantung
gua masa world cup
nanti...

3

LAKONAN LAGI HEBAT DARI DRAMA HINDUSTAN

Posted by morriss on 12:53 PM in
semalam tengah best main deck dengan member-member aku, tiba-tiba terdengar bunyi orang jerit.. pukul 2 pagi.. member aku cakap tu bunyi burung.. aku tau dia cuak, sbb tu cakap macam tu.. aku gi busy body kan diri.. usha kt tingkap tengok ada polis, jpa bomoh dan orang awam kt depan rumah.. owh.. awek yang duduk depan rumah aku kena histeria ... sekali lagi.. ntah untuk yg keberapa kali aku pun tak ingat..

aku berlagak ala-ala hero filem korea nak pergi tolong.. buat 1st time dapat jejak dalam rumah gadis-gadis.. pergh, agak cantik pemandangan kt dalam rumah tu.. hehee... ehemmm.. betulkan niat balik.. niat nak tolong.. tolong tengok.. 

gila seram tengok perempuan kena histeria.. aku.. aku tipu la kalau cakap tak takut.. ade la meremang sikit bulu ketiak nih...   -,-"

bomoh tu dok berbual dengan hantu tu.. sembang pasal isu semasa atau politik kot.. aku tak amek kesah sangat.. aku sibuk tengok pemandangan sekeliling.. heheee... 

bak kata orang, kail sejengkal, jangan diduga lautan dalam.. tu bomoh beb.. pengalam dia bukan setakat keluarkan hantu dalam badan, silap-silap dia pernah main kejar-kejar dengan pontianak sepanjang karier beliau sebagai bomoh.. kalau korang nak tipu dia bab-bab memasak, blog mahupun skim cepat kaya, mungkn bomoh tu boleh tertipu.. tapi tidak dalam bab-bab berkaitan dengan hantu...

senang cakap, bomoh tu dapat rasa yang budak perempuan tu hanya berlakon kena rasuk dengan hantu.. memang sikit lagi nak kena penerajang dengan bomoh tu.. silap-silap free-free je bomoh tu kasi santau kt budak tu.. gila ape tengah2 malam buat pasal.. abang-abang polis, jpa serta ambulans semua nak tidur.. memang free-free je kena maki budak tu.. tapi maki kt dalam hati la...

gua tengok sendiri cara dia kena rasuk.. memang real.. cm tak percaya pun ada bila bomoh tu cakap budak perempuan tu pura-pura.. haishhh.. ape motif buat macam tu??? dah la jiran-jiran ramai yang tengok time tu... tak malu ke ek.. gila boleh menang OSCAR kalau budak tu serius mantapkan lagi skil lakonan dia..

http://arid.files.wordpress.com/2007/05/histeria.jpg


sepanjang dia berlakon kena rasuk, ada member dia dok pakai telekung sambil sungguh-sungguh bacakan Al-Quran... sia-sia je kawan tu ambil berat...








**apsal klu histeria,
mesti perempuan yang
kena?
adakah tu memang
penyakit khas untuk
kaum wanita?? 
gua mula confuse..

1

SAPA ADA KERETA LEBIH?? KASI KT AKU...

Posted by morriss on 12:36 AM in
aku baru start kerja.. tapi dah kena beli kereta.. sebab kerja aku banyak kena travel.. giler tekanan.. baru nak start hidup dah nak kena beli kereta...

ingat nak angkat civic type-R sebijik.. tapi takut kena sekolah dengan mak bapak aku pulak... hahaa.. terbeliak la bijik mata dorang bila tengok aku balik kampung bawak honda.. pastu kompem lunch dgn dinner aku hari2 mee segera..

ape kereta yang sesuai ek bagi starter mcm aku..? gaji aku as fresh graduate ade la dalam 3000 lebih sebulan.. tolak rumah dlm 300 sebulan.. hidup totally bujang dan takde awek.. bayar bil letrik & air.. bil henfon company bayar... tu je r.. so, aku bajet klu bayar bulanan dalam RM600 takde hal kot..

masalah sekarang aku kofius.. Myvi atau gen2??? nak jimat angkat saga blm je sudah.. ye tak... adoo, baru ingat nak simpan duit gi bali ke, korea ke, at least pun dapat cecah sarawak jadi r.. terbantut la plan aku sbb duit habis kt beli kereta...

kalau la gaji sebulan dalam 10K.. hahaaa.. memang gua angkat yg mcm dalam gambar ni... dok pandang benda ni, awek bogel depan mata pun gua buat tak nampak je...
http://anycarinfo.com/wp-content/uploads/2008/12/2009-nissan-fairlady-z_6.jpg


**klu dapat kerja
dekat langkawi
kan best.. honda civic
baru dalam 60-80 ribu je..

2

TUTORIAL NAK BUAT SUBTITLE DRAMA KOREA (PART 2)

Posted by morriss on 2:35 PM in
Sambungan cari entri ini

sekarang kena download software untuk buat timing sub tu... untuk download klik sini ...

Bila dah download.. install.. Dah instal, run software tu..

sepatutnya, subtitle yang korang dah copy and sve tu mesti kelihatan seperti gambar dibawah.. setiap ayat yang korang copy letak kt line yang baru... err, abaikan title notepad dalam gambar tu.. aku just nk tunjuk contoh...



Start dengan FILE - OPEN VIDEO - pilih video yang korang nk buat subtitle tu.....oh ye, korang kena download dulu cerita tu... maksud aku movie yang korang nak buat subtitle tu..

pastu FILE - OPEN TEXT OR SUBTITLE   .... bukak la file notepad yang korang dah isi dgn subtitle tu..



Sekarang time untuk timing.. ni agak susah.. sebab ape? sebab, taktau r nk cakap.. korang fikir r sendiri susah ke tak..

1st, play movie tu.. nampak kan button play warna biru kt sofware tu.. 
ok, bila ada je orang bercakap, korang tekan button APPLY tu dan hold sampai la orang tu habis cakap.

 

ok, aku explain sikit.. setiap kali korang tekan button APPLY tu, software tu akan timingkan satu baris subtitle.. bila korang lepas button apply tu, dia akan beralih pada baris yang seterusnya.. start dengan end tu adalah masa untuk subtitle tu muncul.. 

aku macam nak give up r buat tutorial ni.. bila baca balik aku sendiri pun pening.. adeh, korang kena keluarkan semua IQ korang kalau nk faham..

tadi aku cakap buat benda ni susah.. kenapa? sebab korang tak faham bahasa korea.. so, korang kena baca dulu subtitle tu dan tengok pada situasi cerita tu.. kadang-kadang ada ayat yang takde translation.. tak semua yang keluar dari mulut pelakon tu ada kt translation tu.. 

Kalau dah tersilap, atau korang kurang timing contohnya, pelakon tu belum habis cakap lagi, korang dah lepas button APPLY tu.. tak pun, korang salah letak translation.. kalau nak edit balik, just pause movie tu, slide time navigator pada video tu (forward/rewind).. pastu select la baris subtitle yang korang nak edit timing nye tu...  pastu, buat macam biasa... dah siap semua, save format .srt ...


 

**Sekarang aku tau
kenapa tuhan tak buka
hati aku langsung untuk
jadi cikgu ataupun pensyarah..

8

HARI PERTAMA SEBAGAI LELAKI DEWASA

Posted by morriss on 10:37 AM in
Semalam selesai la segala benda berkaitan dengan degree aku.. so, hari ni aku ishtiharkan dengan rasminya menjadi seorang penganggur yang berwawasan.. tp tak lama kot sbb lusa aku dah kena pergi interview kerja..

Sekarang ni masuklah aku ke alam dewasa.. mcm tak percaya je.. lepas ni dah takleh mintak duit kt mak ayah lg walaupun poket kering kontang.. pasni, klu kena dump dengan awek sebab takde kereta, buka salah aku sebab dilahirkan miskin.. mestilah sebab aku sendiri yang tak reti nak cari duit.. haishhh..



Serious rindu hari2 terakhir sebagai student.. pasni celik-celik mata je, takde lagi kaki yang hinggap kt muka sebab member tidur lesak.. dah tak kena beratur tunggu turn nak mandi.. dah takleh nak kutuk-kutuk member goreng telur hangit.. dah takleh nak keluar makan sekali 13 orang..  dah takleh main poker, DOTA, PES, futsal sampai lebam~

i am really suck at saying farewell...




**stage lepas ni
nak jadi suami
orang mungkin..
kena start jadi baik
supaya dapat isteri
yang baik... kahkahh..

2

TUTORIAL NAK BUAT SUBTITLE DRAMA KOREA (PART 1)

Posted by morriss on 12:34 AM in
Aku yakin ramai yang tengah cuti semester sekarang.. daripada korang berharap subtitle cerita korea daripada sumber-sumber yang sedia ada sekarang ni, (yang boleh diklasifikasikan sebagai agak kedekut) baik korang tolong buat.. pastu share untuk seluruh warga malaysia.. 

Masuk www.viikii.net

cari subtitle section yang korang nak.. contoh kt sini personal taste..
macam gambar kt bawah ni, korang boleh search kt situ...





Atau pun korang boleh cari drama yang korang nak kt popular channels..

Contoh aku pilih personal taste...




Bila dh masuk thread personal taste, korang akan nampak benda ape ntah aku taktau nk panggil ape.. tp seperti yang korang lihat dalam bulatan kt gambar dibawah... untuk setiap episod, nombor dalam kurungan tu, contoh episode 10(7), bermaksud untuk episod tu ada 7 part...

pilih la korang nk episod berapa..




Bila dah pilih episod, korang akan dibawa ke page seperti dibawah.. korang boleh pilih bahasa apa yang korang nak...

yang aku highlight dalam box tu, personel taste [1] (1/6), [1] tu bermaksud episod 1... (1/6) tu maksudnya part 1 daripada 6 part kesemuanya.. so, korang start la part by part.. dari part 1 sampai part 6...



 Bila korang dah pilih part, klik kt caption and subtitle..



anak panah tu menunjukkan slider untuk subtitle.. dia akan bergerak seiring dengan movie tu.. perhatikan, sub tu dibahagikan kepada part.. setiap ayat ada column masing masing.. korang tak boleh copy semua dari atas sampai bawah.. korang cuma boleh copy column demi column... 

perhatikan, bila slider tu sampai kt column ayat what should i do, column tu tukar jadi warna coklat.. waktu ni, hanya column tu je yang korang boleh copy..

untuk copy buat mcm biasa.. highlight ayat tu pastu tekan ctrl+c.. bukak notepad pastekan dalam tu... untuk gerakkan slider subtitle tu semula, tekan esc.. 

untuk setiap ayat, copy dan paste kan pada line yang baru.. jangan sambung..



Nanti r sambung.. aku nk g main futsal.. untuk part dua  tekan link bawah ni..

PART 2











**kalau buat sub ni,
nanti korang dah takde
feel nak tengok cerita 
 ni balik.. hahaaaa
tutor ni aku buat
just untuk orang yang 
desperate dan teringin
nak menyumbang jasa
pada masyarakat serta
peminat2 cerita korea
yang tak faham bahasa
korea..
panjangnye mengarut...

17

SPESIS BANGANG MACAM NI PUN WUJUD

Posted by morriss on 12:55 PM in
Ini bangang.. aku jugak taknak bazirkan doa aku mintak supaya tuhan tunjukkan jalan yang benar pada lahanat tu.. tapi, pada sape2 yang tengok video ni, aku harap sangat la.. kalau malas sembahyang pun, kalau rasa terbakar bila dengar azan sekalipun, kalau rasa susah nak buat maksiat secara terang-terangan.. takyah la sampai buat video bangang macam ni.. buang masa serta takde sape nak termakan dengan ape yang ko cakap..




ape la yang buat orang ni sesat smpai macam ni.. seriously, orang kafir pun xde sampai biadap macam ni.. Aku claim orang macam ni golongan pondan2 yang tertekan sebab apa yang dorang buat semuanya melanggar ajaran islam.. tolong la, seberat mana pun dugaan yang tuhan kasi kt kita, takyah la marah sampai jadi bongok macam ni...





**Dalam video boleh 
la sembang kencang.. 
tunjuk muka pondan 
tu sikit kalau betul-betul 
berani.. 

15

NUFFNANG SAYE BERTAMBAH LAGI... 25 sen

Posted by morriss on 12:08 AM in
Selalu aku jalan-jalan, ramai blogger cerita pasal nufnang.. aku tak amik kisah sangat sebab aku jarang update.. orang jarang update  iklan pun mesti la tidur je.. betul tak? minggu lepas tak tau apsal tetiba terasa nak cek akaun nuffnang aku.. lohh.. ade gak dalam RM3000... eh 30...

Tak sangka plak amount tu up.. kalau tak silap kena ada orang yang click iklan tu baru die up.. so, maknanya ade yg click la ek?? huhuuu.. terharunye saye... nanti bila dah cukup sejuta aku belanja korang teh tarik.. ok..

Aku join instant cash utk project alpha.. setiap kali post mesti jadi orang yang ke berapa belas ratus ntah.. hahaaa.. tak boleh blah... lambat giler..

Bagus ek ade benda ni.. mesti ramai yang semangat giler nak update blog sebab ada peluang untuk jana duit topup enset.. maksudnya takde la blog setakat suka-suka.. atleast ade gak keuntungan dia.. tp, jangan r paksa orang click.. tu gua kurang berkenan... auto gua declare org macam ni berblog semata-mata nak duit.. 


**sape-sape yang 
datang sini, thanks
aku ucapkan..


7

VICTOR VALDES MAKAN GAJI BUTA

Posted by morriss on 7:57 PM in
Malam tadi ibarat melihat game berkualiti sampah.. Barcelona sangat la menghampakan.. seratus kali cross, sangkut, tetap nk main style macam tu jugak.. ingat inter punye defend tunggul ape? sekali main bole leret, terus gol.. tapi tu dah terlambat..

Inter.. tau la dah leading.. tapi takyah la main macam bacul... haishh.. tu yg gua menyampah bolasepak style italy.. tak entertain langsung.. 

malam tadi main guna sebelah padang je.. xpe la.. save sikit penggunaan padang.. tak payah penat-penat nk maintenance.. first time tengok team turunkan semua defend player.. xde midfield.. beberapa pemain gua detect makan gaji buta.. paling ketara Victor valdes.. Eto'o serta milito tu baik ambik cuti pergi hawai je la malam tadi.. ade kt tengah padang tu buat cukup syarat je..


http://logicprobe10.files.wordpress.com/2009/08/champions_league_balls.jpg


**emo plak gua... hahaa
final gua sokong Bayern..
kasi sayur inter pengecut tu..

0

Road Trip with My Broadband

Posted by morriss on 12:05 AM in
Ini aku rasa soalan paling senang.. sebagai seorang blogger, apa benda yang paling penting? Dah, tak perlu jawab. Jawapan korang sure punye merapu. Jawapannye dah tentu la internet conection.

Aku ingat lagi time mula-mula addict dengan dunia blog ni. Ada time tu kena travel beberapa tempat macam balik kampong, pergi keluar buat assignment, interview dan macam-macam. Time tu rasa gelabah giler sebab tak dapat buka internet. Aku bukan rajin sangat update, tapi yang menjadi tumpuan utama aku untuk blogwalking. Tak tau kenapa suka sangat pergi kt blog – blog orang lain. Disebabkan selalu keluar dari rumah, maksud aku berjauhan dengan line internet, aku akhirnya decide untuk subscribe wireless broadband.

Sebagai seorang student, budget mana ade sangat. So lepas survey, aku dapati P1 Wimax punya pakej paling sesuai dengan kehendak speed serta ekonomi. Aku register dekat PC Fair KLCC. Start dari tu la kemana –mana pun aku akan bawa WIGGY tu. 

http://projectalpha.com.my/download/week9a_img.png

Bila cuti semester, kalau nak balik rumah di Selayang KL, aku tak risau untuk update pasal blog atau email. Aku akan bawak sekali WIGGY tu. Fortunately, coverage P1 Wimax ni semakin meluas terutama kt Bandar.  So, kalau travel mana-mana, biasanya takde masalah lg untuk aku surf internet.

Pada yang tengah tercari-cari broadband, aku recommend P1 Wimax pada korang. Pakej yang dorang tawarkan paling rendah, berkelajuan tinggi serta bandwith yang besar.







Project Alpha Season 2 
is presented by 
Adidas Action 3 
and supported by 
P1 and MAS

2

SAPE NAK KIRIM

Posted by morriss on 9:31 PM in
Esok, lepas interview, gua nak pecut pergi beli tiket IRONMAN 2 untuk hari jumaat nanti... 

sape nak kirim?

http://www.cinetopiatheaters.com/images/hype/ironman2head.jpg






**macho r dia
punye suit...
ade jual ke ek?

10

HERO KACAK - INI TEKTIK KOTOR

Posted by morriss on 12:20 AM in
Orang Korea ni memang pandai buat drama.. asal hero je mesti nak yang kacak-kacak.. kalau watak sampah pun, gaya mesti nak stylo.. ceh..

Ni aku ade layan satu drama baru.. PERSONAL TASTE.. sangat baru sebab tengah airing kt Korea.. aku malas nk review cerita korea.. lebih kurang sama je dengan yang lain.. cuma cara olahan setiap drama berbeza-berza serta kreatif.. macam biasa la, ada gadis yang sungguh kasihan berjumpa jejaka yang kacak.. kemudian mereka jatuh cinta.. kot.. kenapa kot plak? sebab drama ni belum habis lg.. baru episode 5 je yang ada subtitle...

seperti yang aku cakap, hero mesti kena hensem.. ceh.. kalau aku apply jadi pelakon kt sana confirm kena reject..


Tengok dorang buat gadis ni selekeh giler... hahaaa... actually, dia quite comel.. 

kalau berminat, boleh download.. salah satu tempat yang biasa kalau nak download ialah SYOK.ORG...
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEipc4yzFT7b2K5XpuumA2HnToMq6zXLUjG2iB1nV068ksB0qSnZUT3Ej41C1qJ9bhSeXx4MFJR-qTBA5c_I3TKOaAXbcrl-BRjSDGdmxM_xDsqf-YI_XqXiEWnkJwMqu3rvklI3g-t7tjfA/s1600/Personal+Taste+Poster.jpg



**Cerita ape lg
best ha???
final exam dh nk habis..
sebelum dapat 
kerja, aku nak
layan movie puas-puas..


14

WORDPRESS STYLE COMMENT BOX PADA BLOGSPOT

Posted by morriss on 3:28 PM in
Aku ade blog wordpress.. tp aku suka yang blogspot ni lg.. taktau la apsal.. tp, aku paling suka comment box style wordpress tu.. simple, kemas dan senang nak reply komen orang lain.. maksud aku, kalau blogspot punya comment box, nak reply tu kena buat mcm ni :  



Ade plugin macam disqus, intensedebate dll.. tp aku tak minat r dia punya style.. senang cakap agak semak.. dan berat.. compare dgn wordpress punya comment box.. contoh tgk bawah ni.. simple kan?



Untuk blogspot pulak, aku jumpa style yg aku guna sekarang ni.. ni yg terbaik kot.. thanks a lot to cik FINA yang comel kerana memberi saya tunjuk ajar secara FREE.. u memang baik hati...  ~,<

Ini la hasil dia.. lebih kurang sama.. cuma reply box dia split.. ni aku taktau cmne nak buat.. kena tanya yang pakar.. kalau minat tutorial ada kt blog Nescafe ais...


10

BAB HATI JANGAN BUAT MAIN WEYH

Posted by morriss on 12:14 AM in
Ape motif nak bunuh diri? sebab taknak hidup lagi atau sebab nak tarik perhatian? dua-dua alasan tu gua klasifikasikan sebagai bangang..

Gua pernah tengok video, orang terjun dari tempat tinggi.. sampai bawah kepala kena lantai.. terbelah empat tapi masih tak pecah.. masalahnya, orang tu tak mati.. bayangkan kalau korang terjun bangunan,.. dah bersepah daging kt atas lantai tu, tp still tak mati...  huh, merana la korang tanggung sakitnya.. sape kate tak logik.. hidup mati kan kt tangan tuhan..

satu fakta manarik.. kalau kita pancung kepala sekali pun, kita takkan terus mati.. 15 hingga 20 saat lepas tu baru kita akan mati.. perghhh.. sepanjang 20 saat tu, tuhan je la yang tau apa rasanya..  sanggup ke rasa sakit selama 20 saat tu... baik lupakan kalau ada hasrat nak bunuh diri..

tau tak sape paling sayang kita selain tuhan? Rasullulah S.A.W jawapannya.. kenapa time dia wafat, dia minta tuhan untuk tanggung derita mati untuk seluruh ummatnya? sebab, mati tu sangat sakit.. bukan kita yang tentukan utk hidup atau mati.. semua orang lahir kt dunia ni ada sebab.. 

sekian kuliah subuh dari saye..

http://i53.photobucket.com/albums/g51/aventham/Horror/Suicide.jpg

**teringin gua nak 
tengok perempuan 
yang buat lu sampai 
tak boleh pikir 
dengan betul tu.. 
ade member pun
tak boleh pakai..
bahankan orang
sampai tak ingat dunia..

6

HONEYMOON DEKAT IRELAND CAM BEST JE

Posted by morriss on 3:29 PM in
Korang tau tak leap year? tu la keistimewaan bulan Februari.. tengok cerita Leap Year ni rasa cm romantik je.. amy adams punye journey ke Dublin sambil ditemani brader kacak.. gua tengok scene2 yang dorang amek banyak berlatar belakangkan tempat-tempat yang superb cantek.. serious rasa kalau nak pergi honeymoon, better pergi tempat-tempat macam tu.. 

http://www.entertainmentwallpaper.com/images/desktops/movie/leap_year02.jpg


ape lagi tempat-tempat yang cantik macam ni ek? yang gua tau Australia.. haa, lagi satu Jeju island, kt korea... perghhh.. dah sampai sana gua rasa mau taknak balik.. hahaa

http://dailymishmash.com/wp-content/uploads/2010/01/2010-leap-year.jpg



**gua suke dengar
suara amy adams..
sweet sangat...

3

MENANG $2 600 000.00 USD

Posted by morriss on 12:04 AM in
Ni gua kasi korang sneak kt akaun gmail gua.. kalau la benda tu semua betul, gua dah beli KLCC tu untuk jadikan rumah anak yatim.. sape-sape teringin nak naik lamborghini atau AUDI R8, datang la rumah.. bersepah je kalau korang nak pinjam... sesape nak kawin dengan gua, gua bawak honeymoon pergi bulan.. roket?? takyah sewa, gua beli je dua.. satu bawak gi honeymoon satu lagi kasi hadiah kt mak mertua..


Paling tak boleh blah, dorang memanipulasi nama awek gua.. lisa surihani.. trick ni nyarisss gua nak terkena.. ye r, sape tak cair bila dengar nama bakal awek sendiri kan.. hehee.. nasib baik dia eja salah..  fuhhh.. dah gua tak layan, guna liza hanim plak... sori bro, gua tak minat liza hanim..

sampai Queen Elizabeth pun nak kasi sumbangan kt gua.. memang la duit dia dah melimpah-limpah, tp ape la sangat jasa gua kt dunia ni sampai dia nak kasi gua duit.. gua ni, tolong orang cacat penglihatan melintas jalan pun tak pernah.. curi parking khas untuk warga OKU slalu la.. hahaaa...

Yang lotery tu, sumpah gua tak main.. sape la yang cukup bangang nak termakan dengan tipu helah macam ni, ye tak? pada yang pernah terpedaya tu, sori la gua cakap korang memang (*Y^&%$$^&.... tp, biase la... time tengah-tengah kesempitan duit, memang senang sikit nak terpengaruh dengan benda-benda macam ni.. tak salah kalau gua kata, benda ni berleluasa sebab ada ramai yang dah terperangkap.. adehh, gua kalau duit terlampau banyak sampai tak kesah tampal jadikan wallpaper rumah sekali pun, gua takkan kasi orang duit tu senang-senang macam ni.. atleast, buat la contest ke ape, betul tak? hurmmm gua memang sentiasa betul..














**macam mana kalau
ada satu antara semua tu,
yang memang real..
nak kasi gua duit...
perghhh.. dah, jangan
pikir lagi...

7

YANG HARAM DAH JADI HALAL

Posted by morriss on 6:14 PM in ,
Gua ade satu yang haram ni.. tapi jarang sangat pakai.. segan beb.. serba salah je nak pakai.. gua beli sebab dah nama pun kipas susah mati.. gua mane boleh ketinggalan tak beli benda ni.. last-last simpan buat koleksi je.. 

majulah Liverpool di masa hadapan... hahaa... supporter lain jagan nak banyak bunyi plak.. gua bakar blog korang nanti..





 DULU AGAK HARAM

http://www.soccerpro.com/common/images/051160_Adidas_Liverpool_Home_Jersey_Long_Sleeve_2008_09_zm.jpg


SEKARANG DAH HALAL
http://www.newfootballkits.org.uk/wp-content/uploads/2010/01/Liverpool-black-300x300.pnghttp://n---n.blog.friendster.com/files/liverpoo-standard-chartered.jpg 

**world cup
gua sokong spain..
korang sokong ape?
tak main r sokong
Brazil... xde thrill
la sokong brazil..

Copyright © 2009 ABANDONED CHILDS All rights reserved. Theme by morriss. | Bloggerized by morriss.