Kandungan blog ini lari sikit je dari fakta..kalau rasa loya, jangan muntah di sini..
http://img191.imageshack.us/img191/5630/abandonchilds1.png
3

LAKONAN LAGI HEBAT DARI DRAMA HINDUSTAN

Posted by morriss on 12:53 PM in
semalam tengah best main deck dengan member-member aku, tiba-tiba terdengar bunyi orang jerit.. pukul 2 pagi.. member aku cakap tu bunyi burung.. aku tau dia cuak, sbb tu cakap macam tu.. aku gi busy body kan diri.. usha kt tingkap tengok ada polis, jpa bomoh dan orang awam kt depan rumah.. owh.. awek yang duduk depan rumah aku kena histeria ... sekali lagi.. ntah untuk yg keberapa kali aku pun tak ingat..

aku berlagak ala-ala hero filem korea nak pergi tolong.. buat 1st time dapat jejak dalam rumah gadis-gadis.. pergh, agak cantik pemandangan kt dalam rumah tu.. hehee... ehemmm.. betulkan niat balik.. niat nak tolong.. tolong tengok.. 

gila seram tengok perempuan kena histeria.. aku.. aku tipu la kalau cakap tak takut.. ade la meremang sikit bulu ketiak nih...   -,-"

bomoh tu dok berbual dengan hantu tu.. sembang pasal isu semasa atau politik kot.. aku tak amek kesah sangat.. aku sibuk tengok pemandangan sekeliling.. heheee... 

bak kata orang, kail sejengkal, jangan diduga lautan dalam.. tu bomoh beb.. pengalam dia bukan setakat keluarkan hantu dalam badan, silap-silap dia pernah main kejar-kejar dengan pontianak sepanjang karier beliau sebagai bomoh.. kalau korang nak tipu dia bab-bab memasak, blog mahupun skim cepat kaya, mungkn bomoh tu boleh tertipu.. tapi tidak dalam bab-bab berkaitan dengan hantu...

senang cakap, bomoh tu dapat rasa yang budak perempuan tu hanya berlakon kena rasuk dengan hantu.. memang sikit lagi nak kena penerajang dengan bomoh tu.. silap-silap free-free je bomoh tu kasi santau kt budak tu.. gila ape tengah2 malam buat pasal.. abang-abang polis, jpa serta ambulans semua nak tidur.. memang free-free je kena maki budak tu.. tapi maki kt dalam hati la...

gua tengok sendiri cara dia kena rasuk.. memang real.. cm tak percaya pun ada bila bomoh tu cakap budak perempuan tu pura-pura.. haishhh.. ape motif buat macam tu??? dah la jiran-jiran ramai yang tengok time tu... tak malu ke ek.. gila boleh menang OSCAR kalau budak tu serius mantapkan lagi skil lakonan dia..

http://arid.files.wordpress.com/2007/05/histeria.jpg


sepanjang dia berlakon kena rasuk, ada member dia dok pakai telekung sambil sungguh-sungguh bacakan Al-Quran... sia-sia je kawan tu ambil berat...








**apsal klu histeria,
mesti perempuan yang
kena?
adakah tu memang
penyakit khas untuk
kaum wanita?? 
gua mula confuse..

3org kentut di sisni:

Post a Comment

Copyright © 2009 ABANDONED CHILDS All rights reserved. Theme by morriss. | Bloggerized by morriss.