Kandungan blog ini lari sikit je dari fakta..kalau rasa loya, jangan muntah di sini..
http://img191.imageshack.us/img191/5630/abandonchilds1.png
1

My Dream Destination

Posted by morriss on 4:17 PM in
http://projectalpha.com.my/download/week8b_img.jpg

Habis je final exam ni, sebelum ada mana-mana company ambil gua kerja, gua plan nak enjoy. jalan-jalan keliling Malaysia. Gua dengan member-member dah siap plan nak pergi mana. Tempat yang kitorang nak pergi ni bukan calang - calang beb. Kitorang bajet nak fly ke Kuching Sarawak.

Kenapa pergi Kuching. Of course la sebab nak beli kucing. Orang cakap Kucing yang jual dekat Kuching comel – comel.. hehee. Takde r. ni gua story sikit kenapa kitorang pilih kuching.

1st sekali, sebab gua tak pernah naik flight. Gila la orang semua bahankan gua sebab tak pernah naik flight. Lagiun gua memang excited bila fikir nak naik kapal terbang. Kitorang plan nak naik MAS. Tiket semua tempah online.

Berdasarkan info –info dari cerita Destinasi bajet serta pak Google, kami dah plan bila sampai sana, antara tempat – tempat yang akan diterjah adalah Kuching Waterfront, Pasar Satok, Crocodile Farm, Orang Utan, Rumah Panjang Bidayuh, Taman Negara Bako, Damai & Santubong Resort (di sini ada Kampung Budaya Sarawak), kilang pasu, Muzium Kuching, Cat Muzium atau Muzium Kucing, Fairy Cave & windcave. Nak pergi tempat – tempat ni semua kena minta pertolongan member gua yang duduk kt Kuching tu. Nasib baik ada dia. Boleh la tolong jadi pemandu pelancong.

 Last skali, kenapa gua nak pergi Kuching sebab dalam Malaysia ni, Sabah dan Serawak je yang belum gua jejak lagi. Negeri lain semua dah. Huwaaaa!!! Tak sabar nak terbang~














Project Alpha Season 2 is 
presented by Adidas Action 3 
and supported by P1 
and MAStraveller.com

1 org kentut di sisni:

Post a Comment

Copyright © 2009 ABANDONED CHILDS All rights reserved. Theme by morriss. | Bloggerized by morriss.