Kandungan blog ini lari sikit je dari fakta..kalau rasa loya, jangan muntah di sini..
http://img191.imageshack.us/img191/5630/abandonchilds1.png
8

KITAR HAID... EHH!!! KITAR MARAH...

bila ada masalah, ape yg akan terjadi? ikut kajian gua la kan.. masa buat assignment masa sekolah rendah dulu.. kebanyakan kes akan melalui kitar proses yg lebih kurang sama.. owh, lupe nak cakap.. sape IQ rendah, bila baca entri ni, klu rasa mengarut, itu standard la..




http://www.naturalstressreliefguide.com/image-files/work_stress.jpg

flow yg lebih kurang sama akan kita lalui bila berdepan dengan masalah..

  1. dapat masalah - contohnye dapat tau pakwe anda curang dgn lelaki lain... erkkk.. ni contoh je la 
  2. mula rasa marah - tambah2 klu time datang bulan...perghh, ibarat cuba bergurau dgn singa yg lapar dgn mencuri hidangan lunch beliau..
  3. cuba kaji kenapa dapat masalah - mula la fikir celah mana yg silap.. nak kata kita ni gemuk, xde la sgt.. kurang sikit je dari syani.. ok pe.. seksi jugak..
  4. cuba salahkan orang lain utk tenangkan diri sendiri - makhluk mane la yg cipta McD, KFC, kek, ice cream dan lain2.. apehal la korang sertakan lemak dalam makanan tu.. rasa nak saman je lu org nih...
  5. lepaskan kemarahan x bertempat - bila org lain cari pasal, cuba lepaskan kemarahan kepada org tersebut.. bergaduh, sepak tong sampah, campak laptop kt dinding, calarkan kereta jiran, bunuh anjing jiran yg asek memekak je, sumbat ekzos kereta pensyarah sebab kasi markah kuiz sikit sangat.. mcm2 lg la.
  6. hubungan dgn persekitaran mula rosak - aura membunuh anda jelas kelihatan.. org nak dekat dgn anda pun rasa x sanggup.. burung nak melintas atas kepala pun x berani.. lalu sebelah pokok bunga pun automatik bunga tu mati..
  7. bersendirian - bajet nak tenangkan perasaan.. dengar lagu spoon kt dalam almari.. meraung bawah tilam sambil baca surat2 cinta yg lama.. koyakkan gambar dulu2 kemudian bakar..maklumat lanjut serta contoh2 lain boleh rujuk cerita korea ataupun koleksi drama yusuf haslam...
  8. cuba cari penyelesaian - 5,6 kali cuba terjun bangunan tp x jadi sebab gayat.. nak minum racun tikus, tp ubat batuk pun x berani nak telan.. so, lupekan je la.. biasanya penyelesaian yg menjadi pilihan org2 kurang berfikiran rasional adalah berbenduk yg memakan diri sendiri ataupun menyusahkan org2 sekeliling..
  9. dapat terima kenyataan - bila air mata pun dah xde.. semua org dah habis kena maki.. xde lg haiwan2 tak berdosa yg boleh dibunuh.. maka dah xde sebab untuk marah dan stress.. mula rasa nak hidup macam biasa.. sikit demi sedikit, kita akan lupakan semua kekusutan tu..

tengok.. punya la banyak prosedur yg perlu dilalui bila ada masalah...

ade satu jenis orang ni.. golongan yg agak open minded.. mereka dah lali dengan masalah.. senang kata dorang dah jemu lalui prosedur2 tu semua.. sekarang ni, ape yg dorang buat bila marah.. lepas step no.1 dorang terus skip ke step no.9...

hidup sekali je.. buat pe spend banyak sangat masa pada masalah.. banyak lagi benda perlu dicapai.. sebab, ape pun masalah yg korang lalui, akhirnya hidup kena teruskan mcm biasa jugak.. asalkan korang x pilih nak bunuh diri la.. masalah bukan alasan untuk give up..



http://i306.photobucket.com/albums/nn264/cigarshirts/suicide-bear-didnt-even-leave-a-not.jpg

**gua agak
pakar serta
berkebolehan
menulis ala-ala
'macam bagus'..
betul tak?

8org kentut di sisni:

Post a Comment

Copyright © 2009 ABANDONED CHILDS All rights reserved. Theme by morriss. | Bloggerized by morriss.