Kandungan blog ini lari sikit je dari fakta..kalau rasa loya, jangan muntah di sini..
http://img191.imageshack.us/img191/5630/abandonchilds1.png
2

KARIM..THE LEGEND PART 2

Posted by morriss on 1:53 PM in
result SPM KARIM

bahasa melayu           D8
bahasa mandarin        A1
matematik                  C5
sains                           GAGAL
pendidikan jasmani    A2
ERT                            A1

karim mahu melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan... berbekalkan result spm seperti yg didedahkan diatas, banyak juga universiti2 yg berebut mahukan karim berada di institusi mereka..

tawaran pertama yg karim dapat terang2 dia tolak.. tawaran dari universiti tenaga nasional dalam bidang kejuruteraan nuklear.. sebab utama penolakan tersebut adalah kerana karim sgt benci pada nuklear yg menjadi punca peperangan manusia sejagat.. agak diplomatik serta bangang alasan beliau..

tawaran kedua, karim ambil masa tiga minggu tanpa tidur untuk ambil keputusan sama ada mahu terima atau tidak.. hatinya berkobar2 mahu menerima tawaran tersebut... namun, seluruh isi bumi termasuk, keluarga, saudara-mara, jiran tetangga malah silent reader blog beliau pun membantah sekeras-kerasnya serta menghalang karim dari menerima tawaran belajar tersebut iaitu dlm bidang koreografi ..

tawaran ketiga... belum sempat bukak envelop lg karim dah peronyok, campak dalam tong sampah, ludah 5,6 kali kemudian bakar.. sebabnya, pengirim salah eja nama beliau.. pergh tinggi sungguh ego karim.. nama silap eja pun nak sentap.. mesti pihak universiti harvard ternanti2 feedback dari karim sekarang ni..

perghh... kalau aku ada anak mcm karim tu.. korang rasa kepala dia muat x masuk dalam tin sardin... korang mcm mana? ape course yg korang ambil masa kt universiti? korang pilih course tu sebab korang minat atau makcik korang yg paksa pilih.. kerja yg korang buat skrg ni, atas pilihan korang atau x? dulu masa kecik2 cita2 nak jadi ape? skrg cmne? aku? aku korang jgn tanye.. mane boleh tanye org yg tukang tulis.. standard la, penulis mesti la bejet bagus, dan tulis pung pang serta x cermin diri sendiri.. heheee..

hidup sekali je.. rugi la kalau kita buat benda yg orang lain suruh buat.. rugi jugak la kita ni kalau pilih untuk hidup cukup2 makan je dan pilih jalan yg senang sebab takut nak capai apa yg kita betul2 idamkan.. 



 


**entri ni tribute
kepada member gua
masa sekolah dulu..
skrg ni dia tgh merana
dgn course yg dia ambil..
sebab ape merana?
sebab x minat..
dah x minat kenapa ambil?
sebab mak dia suruh..
sama2 kita sedekahkan
al-fatihah pada cita2
serta impian member gua tu..
RIP.....

 

2org kentut di sisni:

Post a Comment

Copyright © 2009 ABANDONED CHILDS All rights reserved. Theme by morriss. | Bloggerized by morriss.