Kandungan blog ini lari sikit je dari fakta..kalau rasa loya, jangan muntah di sini..
http://img191.imageshack.us/img191/5630/abandonchilds1.png
9

HAIWAN.. MAKHLUK TIDAK BERPERIKEMANUSIAAN... (jangan pertikaikan tajuk ni)

Posted by morriss on 2:33 AM in
gua anti haiwan.. gua tak kira.. korang nak report kt jabatan haiwan ke, WWF ke, ape ke, gua tak kisah.. gua tetap anti dgn haiwan..

KUCING
sape cakap kucing tu comel? alah.. korang dah terpengaruh dengan lakonan kucing2 tu semua.. muka je innocent dan kiut.. padahal hati dorang tersimpan sejuta niat nak ambil kesempatan ke atas  manusia tau.. gua ingat lg, dulu rumah gua pernah bela kucing.. gua konon nak beramah mesra la dengan kucing tersebut.. gua ikat ekor beliau dengan reben.. pastu, kucing gua tu ingat ape benda cam menarik je kt ekor dia tu untuk dekejar.. last2, dia berpusing2 kejar ekor sendiri untuk beberapa jam hingga pengsan.. ala, gua gurau2 je.. memang la gua gelakkan dia kaw2.. tapi kejap je.. tak payah la tu pun nak sentap sampai simpan dendam..

kucing gua tu pun dah bengang, dia berpura2 buat muka kesian.. mak gua nampak, dia sekeh kepala gua sekali.. perghhh... level mak gua punye sekeh, rasenye boleh bawak koma.. sesi membalas dendam tidak terhenti disitu saje.. esoknya, gua dah terlambat nak pergi sekolah, tengah kelam kabut nak capai seluar sekolah, tengok kucing gua baru bangun dari bersantai atas seluar tu sambil buat muka yg penuh keji serta senyum sinis.. gua tengok je seluar tu, perghh... asal kaler biru, tp dh jadi putih.. gua nak je ponteng sekolah tanda protes.. tp, tak berani bila mengenang kan sekeh yg bakal gua terima sebagai habuan kalau ponteng..

ANGSA
biase tengok tak gambar 2 ekor angsa buat bentuk hati/love? ape kes kaitkan angsa dgn cinta.. gua cukup tak puas hati.. rasa nak protes je kt PBB ke, PENTAGON ke... dulu, bila balik sekolah agama.. ehemmm, gua pergi sekolah agama tau waktu petang.. terang2 gua ni dalam golongan calon suami berkeperibadian terpuji.. balik sekolah agama tu, mesti akan lalu rumah makcik ecah.. dia bela angsa..

bila lalu je, gua suka praktis kemahiran lontaran.. mana tau satu hari nanti boleh jadi wakil sekolah dalam acara lontar lembing.. di belakang pengetahuan makcik ecah, gua selalu baling batu kt angsa2 beliau.. alaa, bukan selau kena pun.. kadang2 je lontaran gua tu tepat kena kepala angsa2 beliau.. kalau tepat, gua gelak kuat2 je.. tak sangka pulak angsa2 tu nak ambil hati..

satu hari, angsa2 makcik ecah dibiarkan berkeliaran.. macam biasa, gua lalu, rasa tak sedap hati.. bila dah dekat, ramalan naluri gua memang tepat.. angsa2 tu praktis dorang punya skill larian dekat gua pulak.. tak cukup tanah gua lari sebab kena kejar.. korang pernah tengok angsa kejar orang macam mana? paruh angsa tu, berada paling dekat dengan tanah, kaki dorang terkedek2, sambil kepak dikibas.. perghhh, aerodynamik sungguh.. memang psyco la kalau kena kejar dengan angsa.. gua lari sambil menangis.. ehh tak, maksud gua hampir2 nak menangis..



bawah ni gua reveal beberapa gambar hasil penyiasatan detektif upahan.. gambar2 membuktikan betapa haiwan2 ni tidak seperti yang kita bayangkan sebenarnya...


http://img1.eyefetch.com/Portfolio%5Cnaturelover%5C129799.jpg 
angsa diatas dikatakan sedang cuba kejar dan patuk warga tua yg bertongkat.. kejam tak? 

http://www.newsoftheworld.co.uk/multimedia/archive/00042/deer_main_3005_42861a.jpg 
cubaan beralih spesis ke haiwan carnivore.. rusa pun jadi mangsa.. tak sedar diri yg ko tu takde gigi nak kunyah daging rusa tu..


 http://www.knitemare.org/cats/AngryCat.jpg
orang tegur sikit, dia mencarut.. tengok la.. disiplin taruk mana? takde etika betul la kucing2 zaman sekarang..


http://blogs.seattleweekly.com/dailyweekly/angry_cat.jpg 
cubaan menyakat budak kecil.. manusia pun takde sakat budak2 guna pisau tau.. kucing ni siap pakai senapang lagi.. memang trauma budak2 kalau macam ni..

http://www.crestock.com/images/judgeross/247-worst.jpg 
ketika ditangkap atas tuduhan berkhalwat.. tak mengaku tu.. alasan tengah study group la, bincang masalah negara la, buat2 tak kenal sama sendiri la.. macam2 alasan.. last2 tengok, siap ugut nak makan pegawai penguat kuasa lagi tu.. haishhh...







**aku rindu memey..
kucing pertama yg aku
bela masa kecik2 dulu..
dulu selalu main kejar2
dengan memey..
sebelum memey mati,
dia termenung lama 
menghadap rumah aku..
aku takkan lupa muka
memey sampai bila2..

9org kentut di sisni:

Post a Comment

Copyright © 2009 ABANDONED CHILDS All rights reserved. Theme by morriss. | Bloggerized by morriss.