Kandungan blog ini lari sikit je dari fakta..kalau rasa loya, jangan muntah di sini..
http://img191.imageshack.us/img191/5630/abandonchilds1.png
11

WELCOME GUYS~

Posted by morriss on 1:01 AM
  • BLOG NI SELALU MEREPEK
  • BLOG NI SELALU LARI TOPIK
  • BLOG NI TIADA BAHAN ILMIAH UNTUK DICOPY SEBAGAI TUJUAN MELENGKAPKAN ASSIGNMENT ANDA
  • BIASANYA ORANG-ORANG YANG KACAK/COMEL SERTA BAIK HATI AKAN TINGGALKAN COMMENT DISINI








SEKIAN







2

PROMOSI CUTI SEKOLAH... KHAS UNTUK MEREKA YANG NAK KAWIN LARI

Posted by morriss on 11:56 PM in
Gua dah jadi agent..bukan MLM...

  1. Khas kepada lelaki2 yang gagal meyakinkan isteri mereka yang mana mereka mampu berlaku adil serta saksama untuk berkahwin lebih dari 1..
  2. Khas kepada lelaki2 yang layak berkahwin lebih dari 1, tetapi diancam parang serta lesung batu setiap kali mengemukakan kertas cadangan kepada isteri masing2... 
  3. Khas kepada lelaki yang ingin kawin lebih dari empat.. perghh! ni gua respek.. nk kene menuntut dgn laki mcm ni..
  4. Khas utk lelaki hampeh yang x layak untuk kawin lebih dari 1 (duit nk beli rokok pun paw member2), tapi berhajat besar serta berselera ala dato'2 nk beristeri 2..3..4..5 pn boleh...
  5. Bakal bapak mertua x merestui hubungan anda dgn anaknya kerana beliau megharapkan seorang imam, or atleast bilal utk menjadi suami kpd beliau, sedangkan anda hanyalah seorang.... mat rempit... ah long... dn yg seangkatan dengannya..  


Jika anda salah seorang di atas, Sila daftar di sini http://kahwinlari.blogspot.com/


hahahaaa... canggih beb dunia zaman skrg... nk kawin lari senang je.. online.. kpd suri2 rumah yg rasa dah mula 'gelebeh sane sini'... boleh la cek laptop laki masing2.. mane tau ade address di atas kt bookmark..heheee










**Setahun lebih beb x blog..
nak bukak dashboard pun
dah lupe   +,-

2

KERJA KOSONG.. GAJI BOLEH TAHAN GAK LUMAYAN

Posted by morriss on 12:49 AM in
Tolong gua cuci sawang kt blog ni...
sape sanggup aku bawak korang gi final world cup nanti.. amacam???












owh.. takziah
pada para
penyokong
brazil... hehee

1

BAYERN KALAH MALAM NI.. CONFIRM GUA BOTAK

Posted by morriss on 9:17 PM in
Setelah rambut kesayangan gua ditedas masa Liverpool kalah (atau sengaja kalah) dengan manchester hari tu, gua hilang keyakinan nak tengok bola.. gua cuba la jugak beralih arah tengok piala thomas.. ceh, kalau gua teruskan, memang berkecai tv plasma kt rumah ni kena baling dengan pasu bunga... silap-silap jantung gua ni jem sebab kecewa tengok kelembikan team malaysia..

gua bab bola memang xleh buat main.. kalau satu hari nanti korang dengar kt dalam tivi ada jutawan yang murah hati lagi suka derma pada fakir miskin serta pembela nasib wanita, mati sebab sakit jantung... jutawan itu adalah gua.. sebab ape sakit jantung? sebab tengok bola... 

malam ni gua terpaksa turun mamak untuk sokong Bayern.. masa depan rambut gua ditangan robben, altintop, schwanteiger, lahm serta olic.. korang kalah memang gua botak...

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgVxOE1C58QWUyDlGpC9T38NiYVmNj3es1cR-OZgFExY-lUmcUIQ-v_M0aCpQFAUFLr5dcX5O8SpddhJzZPZFIMdynkrqtutfoXYDMO1cYmJxA38qPBO_-akw6GuOPsaDRCLy3M5E6VrOtX/s400/2010_UEFA_Champions_League_Final_logo.jpg




**bola ni berbahaya 
pada kesihatan... 
ape la nasib jantung
gua masa world cup
nanti...

3

LAKONAN LAGI HEBAT DARI DRAMA HINDUSTAN

Posted by morriss on 12:53 PM in
semalam tengah best main deck dengan member-member aku, tiba-tiba terdengar bunyi orang jerit.. pukul 2 pagi.. member aku cakap tu bunyi burung.. aku tau dia cuak, sbb tu cakap macam tu.. aku gi busy body kan diri.. usha kt tingkap tengok ada polis, jpa bomoh dan orang awam kt depan rumah.. owh.. awek yang duduk depan rumah aku kena histeria ... sekali lagi.. ntah untuk yg keberapa kali aku pun tak ingat..

aku berlagak ala-ala hero filem korea nak pergi tolong.. buat 1st time dapat jejak dalam rumah gadis-gadis.. pergh, agak cantik pemandangan kt dalam rumah tu.. hehee... ehemmm.. betulkan niat balik.. niat nak tolong.. tolong tengok.. 

gila seram tengok perempuan kena histeria.. aku.. aku tipu la kalau cakap tak takut.. ade la meremang sikit bulu ketiak nih...   -,-"

bomoh tu dok berbual dengan hantu tu.. sembang pasal isu semasa atau politik kot.. aku tak amek kesah sangat.. aku sibuk tengok pemandangan sekeliling.. heheee... 

bak kata orang, kail sejengkal, jangan diduga lautan dalam.. tu bomoh beb.. pengalam dia bukan setakat keluarkan hantu dalam badan, silap-silap dia pernah main kejar-kejar dengan pontianak sepanjang karier beliau sebagai bomoh.. kalau korang nak tipu dia bab-bab memasak, blog mahupun skim cepat kaya, mungkn bomoh tu boleh tertipu.. tapi tidak dalam bab-bab berkaitan dengan hantu...

senang cakap, bomoh tu dapat rasa yang budak perempuan tu hanya berlakon kena rasuk dengan hantu.. memang sikit lagi nak kena penerajang dengan bomoh tu.. silap-silap free-free je bomoh tu kasi santau kt budak tu.. gila ape tengah2 malam buat pasal.. abang-abang polis, jpa serta ambulans semua nak tidur.. memang free-free je kena maki budak tu.. tapi maki kt dalam hati la...

gua tengok sendiri cara dia kena rasuk.. memang real.. cm tak percaya pun ada bila bomoh tu cakap budak perempuan tu pura-pura.. haishhh.. ape motif buat macam tu??? dah la jiran-jiran ramai yang tengok time tu... tak malu ke ek.. gila boleh menang OSCAR kalau budak tu serius mantapkan lagi skil lakonan dia..

http://arid.files.wordpress.com/2007/05/histeria.jpg


sepanjang dia berlakon kena rasuk, ada member dia dok pakai telekung sambil sungguh-sungguh bacakan Al-Quran... sia-sia je kawan tu ambil berat...








**apsal klu histeria,
mesti perempuan yang
kena?
adakah tu memang
penyakit khas untuk
kaum wanita?? 
gua mula confuse..

1

SAPA ADA KERETA LEBIH?? KASI KT AKU...

Posted by morriss on 12:36 AM in
aku baru start kerja.. tapi dah kena beli kereta.. sebab kerja aku banyak kena travel.. giler tekanan.. baru nak start hidup dah nak kena beli kereta...

ingat nak angkat civic type-R sebijik.. tapi takut kena sekolah dengan mak bapak aku pulak... hahaa.. terbeliak la bijik mata dorang bila tengok aku balik kampung bawak honda.. pastu kompem lunch dgn dinner aku hari2 mee segera..

ape kereta yang sesuai ek bagi starter mcm aku..? gaji aku as fresh graduate ade la dalam 3000 lebih sebulan.. tolak rumah dlm 300 sebulan.. hidup totally bujang dan takde awek.. bayar bil letrik & air.. bil henfon company bayar... tu je r.. so, aku bajet klu bayar bulanan dalam RM600 takde hal kot..

masalah sekarang aku kofius.. Myvi atau gen2??? nak jimat angkat saga blm je sudah.. ye tak... adoo, baru ingat nak simpan duit gi bali ke, korea ke, at least pun dapat cecah sarawak jadi r.. terbantut la plan aku sbb duit habis kt beli kereta...

kalau la gaji sebulan dalam 10K.. hahaaa.. memang gua angkat yg mcm dalam gambar ni... dok pandang benda ni, awek bogel depan mata pun gua buat tak nampak je...
http://anycarinfo.com/wp-content/uploads/2008/12/2009-nissan-fairlady-z_6.jpg


**klu dapat kerja
dekat langkawi
kan best.. honda civic
baru dalam 60-80 ribu je..

2

TUTORIAL NAK BUAT SUBTITLE DRAMA KOREA (PART 2)

Posted by morriss on 2:35 PM in
Sambungan cari entri ini

sekarang kena download software untuk buat timing sub tu... untuk download klik sini ...

Bila dah download.. install.. Dah instal, run software tu..

sepatutnya, subtitle yang korang dah copy and sve tu mesti kelihatan seperti gambar dibawah.. setiap ayat yang korang copy letak kt line yang baru... err, abaikan title notepad dalam gambar tu.. aku just nk tunjuk contoh...



Start dengan FILE - OPEN VIDEO - pilih video yang korang nk buat subtitle tu.....oh ye, korang kena download dulu cerita tu... maksud aku movie yang korang nak buat subtitle tu..

pastu FILE - OPEN TEXT OR SUBTITLE   .... bukak la file notepad yang korang dah isi dgn subtitle tu..



Sekarang time untuk timing.. ni agak susah.. sebab ape? sebab, taktau r nk cakap.. korang fikir r sendiri susah ke tak..

1st, play movie tu.. nampak kan button play warna biru kt sofware tu.. 
ok, bila ada je orang bercakap, korang tekan button APPLY tu dan hold sampai la orang tu habis cakap.

 

ok, aku explain sikit.. setiap kali korang tekan button APPLY tu, software tu akan timingkan satu baris subtitle.. bila korang lepas button apply tu, dia akan beralih pada baris yang seterusnya.. start dengan end tu adalah masa untuk subtitle tu muncul.. 

aku macam nak give up r buat tutorial ni.. bila baca balik aku sendiri pun pening.. adeh, korang kena keluarkan semua IQ korang kalau nk faham..

tadi aku cakap buat benda ni susah.. kenapa? sebab korang tak faham bahasa korea.. so, korang kena baca dulu subtitle tu dan tengok pada situasi cerita tu.. kadang-kadang ada ayat yang takde translation.. tak semua yang keluar dari mulut pelakon tu ada kt translation tu.. 

Kalau dah tersilap, atau korang kurang timing contohnya, pelakon tu belum habis cakap lagi, korang dah lepas button APPLY tu.. tak pun, korang salah letak translation.. kalau nak edit balik, just pause movie tu, slide time navigator pada video tu (forward/rewind).. pastu select la baris subtitle yang korang nak edit timing nye tu...  pastu, buat macam biasa... dah siap semua, save format .srt ...


 

**Sekarang aku tau
kenapa tuhan tak buka
hati aku langsung untuk
jadi cikgu ataupun pensyarah..

8

HARI PERTAMA SEBAGAI LELAKI DEWASA

Posted by morriss on 10:37 AM in
Semalam selesai la segala benda berkaitan dengan degree aku.. so, hari ni aku ishtiharkan dengan rasminya menjadi seorang penganggur yang berwawasan.. tp tak lama kot sbb lusa aku dah kena pergi interview kerja..

Sekarang ni masuklah aku ke alam dewasa.. mcm tak percaya je.. lepas ni dah takleh mintak duit kt mak ayah lg walaupun poket kering kontang.. pasni, klu kena dump dengan awek sebab takde kereta, buka salah aku sebab dilahirkan miskin.. mestilah sebab aku sendiri yang tak reti nak cari duit.. haishhh..



Serious rindu hari2 terakhir sebagai student.. pasni celik-celik mata je, takde lagi kaki yang hinggap kt muka sebab member tidur lesak.. dah tak kena beratur tunggu turn nak mandi.. dah takleh nak kutuk-kutuk member goreng telur hangit.. dah takleh nak keluar makan sekali 13 orang..  dah takleh main poker, DOTA, PES, futsal sampai lebam~

i am really suck at saying farewell...




**stage lepas ni
nak jadi suami
orang mungkin..
kena start jadi baik
supaya dapat isteri
yang baik... kahkahh..

2

TUTORIAL NAK BUAT SUBTITLE DRAMA KOREA (PART 1)

Posted by morriss on 12:34 AM in
Aku yakin ramai yang tengah cuti semester sekarang.. daripada korang berharap subtitle cerita korea daripada sumber-sumber yang sedia ada sekarang ni, (yang boleh diklasifikasikan sebagai agak kedekut) baik korang tolong buat.. pastu share untuk seluruh warga malaysia.. 

Masuk www.viikii.net

cari subtitle section yang korang nak.. contoh kt sini personal taste..
macam gambar kt bawah ni, korang boleh search kt situ...





Atau pun korang boleh cari drama yang korang nak kt popular channels..

Contoh aku pilih personal taste...




Bila dh masuk thread personal taste, korang akan nampak benda ape ntah aku taktau nk panggil ape.. tp seperti yang korang lihat dalam bulatan kt gambar dibawah... untuk setiap episod, nombor dalam kurungan tu, contoh episode 10(7), bermaksud untuk episod tu ada 7 part...

pilih la korang nk episod berapa..




Bila dah pilih episod, korang akan dibawa ke page seperti dibawah.. korang boleh pilih bahasa apa yang korang nak...

yang aku highlight dalam box tu, personel taste [1] (1/6), [1] tu bermaksud episod 1... (1/6) tu maksudnya part 1 daripada 6 part kesemuanya.. so, korang start la part by part.. dari part 1 sampai part 6...



 Bila korang dah pilih part, klik kt caption and subtitle..



anak panah tu menunjukkan slider untuk subtitle.. dia akan bergerak seiring dengan movie tu.. perhatikan, sub tu dibahagikan kepada part.. setiap ayat ada column masing masing.. korang tak boleh copy semua dari atas sampai bawah.. korang cuma boleh copy column demi column... 

perhatikan, bila slider tu sampai kt column ayat what should i do, column tu tukar jadi warna coklat.. waktu ni, hanya column tu je yang korang boleh copy..

untuk copy buat mcm biasa.. highlight ayat tu pastu tekan ctrl+c.. bukak notepad pastekan dalam tu... untuk gerakkan slider subtitle tu semula, tekan esc.. 

untuk setiap ayat, copy dan paste kan pada line yang baru.. jangan sambung..



Nanti r sambung.. aku nk g main futsal.. untuk part dua  tekan link bawah ni..

PART 2











**kalau buat sub ni,
nanti korang dah takde
feel nak tengok cerita 
 ni balik.. hahaaaa
tutor ni aku buat
just untuk orang yang 
desperate dan teringin
nak menyumbang jasa
pada masyarakat serta
peminat2 cerita korea
yang tak faham bahasa
korea..
panjangnye mengarut...

17

SPESIS BANGANG MACAM NI PUN WUJUD

Posted by morriss on 12:55 PM in
Ini bangang.. aku jugak taknak bazirkan doa aku mintak supaya tuhan tunjukkan jalan yang benar pada lahanat tu.. tapi, pada sape2 yang tengok video ni, aku harap sangat la.. kalau malas sembahyang pun, kalau rasa terbakar bila dengar azan sekalipun, kalau rasa susah nak buat maksiat secara terang-terangan.. takyah la sampai buat video bangang macam ni.. buang masa serta takde sape nak termakan dengan ape yang ko cakap..




ape la yang buat orang ni sesat smpai macam ni.. seriously, orang kafir pun xde sampai biadap macam ni.. Aku claim orang macam ni golongan pondan2 yang tertekan sebab apa yang dorang buat semuanya melanggar ajaran islam.. tolong la, seberat mana pun dugaan yang tuhan kasi kt kita, takyah la marah sampai jadi bongok macam ni...





**Dalam video boleh 
la sembang kencang.. 
tunjuk muka pondan 
tu sikit kalau betul-betul 
berani.. 

Copyright © 2009 ABANDONED CHILDS All rights reserved. Theme by morriss. | Bloggerized by morriss.