Kandungan blog ini lari sikit je dari fakta..kalau rasa loya, jangan muntah di sini..
http://img191.imageshack.us/img191/5630/abandonchilds1.png
9

KEJADIAN ANEH.. IBARAT LIHAT ALIEN DARI PLANET NAMECK

Posted by morriss on 12:16 AM in
Takyah nak suspen.. gua tak kene culik dengan alien.. tajuk je macam tu.. isi dia lari sikit je.. tapi kejadian yang gua tengok ni memang aneh.. 

Nak kasi tau, depan rumah gua (rumah teres) ade rumah gadis-gadis cun.. kalau anda dapati teropong habis dijual di pasaran, gua serta member2 gua la yang borong.. standard la rumah teres, antara rumah gua dengan rumah gadis-gadis tu, ada sebatang jalan.. muat untuk 2 kereta lau.. tapi sebab orang ramai parking kereta tepi jalan, maka hanya 1 kereta je la boleh lalu untuk satu-satu masa..

kaji gambarajah dibawah betul-betul.. bawah ni bukan gambar kotak.. jangan ade yang komen tak faham ape yang gua lukis plak.. sia-sia je gua sabotaj blog korang nanti.. gua saje je lukis simple-simple.. nak lukis 3D pon boleh.. siap gerak-gerak dengan sound effect skali pun boleh.. malas je..
 

Kereta A menghala ke kanan.. kereta B nak ke kiri.. stuck kt tengah-tengah tu.. dan dua-dua taknak mengalah.. tau la dua-dua tu kereta mahal.. gua takmau la mention jenama ape..

kereta A dan B kekal dalam posisi tersebut selama lebih setengah jam.. ego bai dorang ni.. jiran-jiran dok usha pun dorang xmau mengalah.. gua dah set video dah mane tau ada scene bergaduh ke ape nanti.. perghh, kalau bergaduh, gua rakam.. memang kaya.. Bernama dgn 999 datang sini memang cari gua dulu.. gua upload kt internet, letak password.. sape nak tengok, jadi membership dulu.. bahan bukti tu.. mane tau gaduh sampai bunuh-bunuh..

rezeki gua malam tu takde.. tengah-tengah setting kamera nak cari angle baik sikit, hero datang menyelamat.. nasib baik lah tiba-tiba datang sebuah kereta kancil buruk dari arah kanan.. kedua-dua kereta mahal tu pun terpaksa ketepikan ego masing-masing untuk kasi kereta kancil buruk tu lalu.. ceh..




** banyak pengajaran
jugak yang gua dapat
bile tengok kejadian 
macam ni.. korang faham 
tak ape yang gua cerita?
kalau tak faham jangan
nak salahkan lukisan 
tu pulak.. ade gak blog
yang kena bakar nanti ni..





 

9org kentut di sisni:

Post a Comment

Copyright © 2009 ABANDONED CHILDS All rights reserved. Theme by morriss. | Bloggerized by morriss.